BERANGAN :)

aku selalu berangan macam2 :)..pantang dduk saja2 msty akan senyum sndiri dan mula aktiviti berangan aku :)..
benda yang aku selalu berangan adalah kahwin cepat2 ngn ikhsan n hidup bahagia (gatai kan aku ??) pas2 berangan dapat g paris ngn orang tersayang wah beshnya :D.."b t kita g bulan madu kat paris ye :)"..pas2 suka berangan dapat bunga ros time ary jadi aku wah bestnya law dapat btol :) "b besday taun nyh nk ros ye? ros purple taw :)..(main mntak2 lagi aku nyh )..tapi angan2 aku nk kawin 2 mntak lah jadi knyataan, berharap sangat nyh :(..

CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

DETIK-DETIK PERMULAAN PERCINTAAN AKU DAN DIA :)


aku memang tak penah sangka pon aku ngn dia akan menjalinkan hbungan yang intim (ayat skema)..first aku jumpa dia masa 2 dia sombong gila lah tgk aku pon macam 2 ja tapi dalam aty aku ckp mungkin dia nyh xpdang awek laen slain awek dia sbb masa 2 dia dah ada gf n masa tu jgk dia tgh sbukkan diri dia msg gf dia aku pon xheran sangat lah sbb aku pon masa 2 ada bf dah tapi dalam hati nie ada gak terpendam kalau lah dapat dia mmg aku tak nak lepas dah sbb dia ansem sangat2 :)..kejadian nie pon berlalu lah dalam lbeh kurang setahun kot, pas kejadian 2 aku pon dah xingat dia dah tpi kalau tgk muka still ingat lagi..

jodoh aku dengan ex bf aku xpnjang terkandas di tengah jalan mngkin nak di beri peluang untuk aku hidup dengan ikhsan kot :)..aku pon contact lah mmber aku nyh kebetulan mmber aku nyh pon mmber ikhsan jgk, aku minta bantuan si member aku nyh cari kawan laki untuk aku sebab masa 2 aku mmg boring sangat2 kebetulan ikhsan pon baru gak break ngn gf dia so member kami nie pon rekemen kan aku untuk dia, dan dia untuk aku :D..

first yang mula dulu contact dia lah xakan aku kowt t jadi perigi cari timba lak malu lah aku , msg punya msg kami pon makin rapat, aku selalu luahkan perasaan kat dia sbb masa 2 aku still sayang ex bf aku g n ex bf aku dok tayang2 belen2 dia depan mata aku so aku luahkan lah persaan cemburu aku kat dia, masa 2 dia lah jadi pndengar setia aku n masa 2 lah dia cuba takle aku n mintak kapel..xkan baru kawan nak kapel terus kowt kan?? aku pon cakap lah belum sedia lagi kenal2 dulu dalam sebulan 2 dalam masa kami tengah kawan 2 dia ditakdirkan berkerja kat kuala lumpur, masa 2 aku dah fikir dah mesti aku xperluang dapat kan cinta dia sebab kami berjauhan n dia akan jumpa awek kl yang lebih cantik dari aku..aku pon abaikan je lah hasrat aku n terus berkawan dengan dia seperti biasa..

macam biasa aku selalu dok luah persaan cemburu & sedih aku kat dia, tapi kali nie dia bukan ja jadi pendengar yang setia ja malah dia bising2 kat aku, dia cakap wat pa ingatkan orang yang xingatkan kita dan terus ja dia mintak kapel kali kedua, kali ini aku xfikir panjang dah terus ja terima di sebagai penggnti ex aku 2.. aku terima dia pon ada sebab juga bukannya aku maen kapel ja ngn dia ..

kami pon menjalingkan hubungan jarak jauh aku tak kisah sangat sebab aku perlukan masa untuk kenal dia lebih mndalam.. hari demi hari aku semakin sayang kat dia dan boleh lupakan ex aku 2 aku bahagia sangat2 dengan sebab dia layan aku macam pemaisuri kayangan :D..walaupon kami jauh dia tetap still setia dengan aku n terus menyemai kasih sayang dia dekat aku padahal kami xpenah pon jumpa, jumpa pon last setahun yang lepas masa 2 pon masing2 dah ada pasangan n tak terlintas langsung dekat hati masing2 yang kami akan kapel..

dah dekat 2 bulan kowt kami kapel masing2 dah saling merindu (hehehe)..dia pon wat keputusan ambil cuti dan balik alor setar semata2 nk jumpa aku.. first date aku ngn dia ofcos lah bergetar, takut dan macam pkir2, first yang aku fikir ialah takot pas kami jumpa dia xnak dekat aku maklum lah aku nie bukan lah cantik pon tapi bila dah jumpa wah seronok gila kowt :) naek2 keta je dia bagi aku rantai, rantai 2 berpasangan aku satu dia satu..kat situ aku taw dah yang dia jenis laki macam mna :)..date yang first mmg romntik gila lah..sweet sangat2..first date kami kat taman jubli sampai sekarang nie kami tetap pegi kat jubli sbb tempat 2 lah knangan terindah kami :)..

sejak date first 2 aku dengan dia makin rapat dan persaan pon semakin bertambah sayang..tiap2 bulan mesti dia balik alor setar dan kami selau berjumpa dan kami pon makin mesra:) sampai lah sekarang semakin bertambah bahagia tapi malangnya kami stiil tetap kena berjauh tapi kali bukan dia yang tinggal aku, aku yang tinggal dia..dia dah balik kerja dekat alor setar tapi aku terpksa berkorban sebab aku study dekat portdikson :(..insyallah kami akan kekal kan hubungan kami nie hingga akhir hayat :)..

p/s: walaupun dia bukan cinta pertama aku tapi cinta dia lah paling berharga dan bermakna buat aku sebab dia lelaki yang baek yang pernah aku kenal dan cinta dan kasih sayang dia jujur buat aku, aku beruntung sangat2 dapat dia.. terima kasih tuhan sebab kurniakan dia untuk aku :)



CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

AWAK HANDSOME :)


awak potong rambut macam nie nampak handsome sangat2 :)
ramai kawan2 saya puji awak handsome, bangga gila saya sebagai awek awak dapat pujian 2 :)
awak still rambut macam nie ye :)
biar ramai lagi puji awak kat saya:D
saya suke :O)

p/s: thnx pada korang yang puji bf aku :)..ikhsan israz i love u sangat2 :D

CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

PUTERI HANNA SAFFIYAH :D
comelnya anak sedara cik ilah nyh :)
makin besar makin comel
nanti cik ilah balik kita p jalan2 ye :)
cik ilah bawak hanna jumpa uncle ikhsan :)
hehehe :D




CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

JODOH :)


jodoh memang datang dari allah s.w.t tapi kita mestilah berusaha untuk mendapatkan jodoh kita itu. usaha sedaya upaya untuk mendapatkan jodoh kita kalau kita tunggu je sampia bila kita nak jumpa dengan jodoh kita tu..aku dah dapat cuma sekarang ini untuk aku ngn dia usaha berbuat yang terbaik untuk memastikan aku ngn dia ke jinjang pelamin. insyallah kalau di izinkan tuhan dia suami ku dan ayah kepada anak-anak aku nanti..


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

Attention!!

kepada budak2 umah aku yang aku sayangi aku disini nak ingat tolong lah berkerjasama okeyh!!
merujuk perkara di atas :O


1: tolong jaga kebersihan rumah
2: dah tgk bilik mandi 2 kotor dan berlindir tolong lah cuci okey
3: sapu sampah jgn nk harap lili je wat smua 2
4: lepas makan or minum tolong lah basuh jgn biarkan atas meja korang ingat lili ngn sue 2 orang gaji korang ke?tiap2 pagi tolong basuh pinggang mangkuk yang korang guna 2..dah berbuih mulut nyh pesan tapi hasil tetap sama ja.
5: lepas makan tolong lap balik sisa makanan yang korang makan
6: nak amek hak or barang sapa2 mntak kebenaran dulu ok jangan men hambik ja xsuka lah aku


aku harap korang faham okeyh dah xbleh nak sabar dah nyh so aku tulis ja kat sini biar korang baca n buka mata 2 ckit okeyh:)..
harap berubah ye prangai2 yang xelok 2!!




CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH

rasa nak daki gunung pas2 nk jerit kuat2!!!
tertekannya!!!!!!!!!!!!!!!

CORETAN KEYTOT TERIMA KASIH